INFO MASJID

Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat, dibina atas dasar taqwa dan bagi menzahirkan kasih sayang KDYMM Sultan Muhammad V kepada ayahandanya Sultan Ismail Petra. Al-Ismaili adalah diambil sempena nama Sultan Ismail Petra mengabadikan nama baginda dalam kalangan rakyat. Masjid ini dibina di atas tanah rizab masjid seluas 1.112 ekar.
Masjid pecah tanah pembinaan Masjid Al-Ismaili telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V pada 22 Disember 2011. Dalam titah Baginda menyatakan agar masjid ini mempunyai ciri-ciri mesra jemaah dan jimat tenaga. Masjid ini juga turut dilengkapi sebuah dewan seberguna, klinik wakaf, ruang mesra kanak-kanak, pejabat pusat pembangunan sosial dan rumah kakitangan masjid. Masjid ini dapat menampung seramai 1500 orang jemmah pada satu-satu masa.
Kedudukan Masjid Al-Ismaili terletak di lokasi strategik, iaiatu di persimpangan utama jalan yang menghubungkan jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas, yang juga berhampiran sekolah, kedai-kedai, stesen minyak dan pasaraya.
Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat mula beroperasi apabila KDYMM Sultan Muhammad V bersama YTM Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan berangkat mencemar Duli bagi menunaikan Solat Jumaat di masjid ini pada 27 Ramadhan 1435H Bersamaan 25 Julai 2014M.
Seni bina masjid Al-Ismaili yang dizahirkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berteraskan TEMA 5, iaitu Islam terbina di atas rukun Islam yang lima demi menjaga lima maqosid as-syariyyah , yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat.
Justeru itu masjid ini dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun Iman yang enam.
Hiasan dinding juga lima, begitu juga tapak kubah dan kolah pancur berbucu lima menepati lima pelan strategik transformasi ummah yang telah dicetuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V pada 1 Muharram 1432H bersamaan 6 Disember 2010M. Faqiihan, Amiinan, Rahiman, Ilman, dan Salaman.
Untitled Document

BIL

BULAN

PROGRAM / AKTIVITI

1

 

Januari

Program Kursus Pengurusan Jenazah

Program Daurah kitab Haid ,Nifas dan Istihadhah

2

Febuari

Program Kem Bestari Solat

3

Mac

Program Pengimarahan Masjid Serta Motivasi Alihan Pelajar

Program Motivasi Ibu Bapa ‘Ibu Bapa Cemerlang Anak-Anak Gemilang

4

 

April

 

Program Menghayati Peristiwa Isra’ dan Mikraj

Program Program Daurah Kitab Al-Fiqh Al-Manhaj “Bab Puasa”

5

 

Mei

 

Program Ihya’ Ramadhan

Program ifthar perdana

6

Mei/Jun

Program qiamullai 10 hari terakhir ramadhan

7

Jun

Program Jamuan Hari Raya

8

 

Julai

 

Program Daurah Kitab Feqah

Program tahsin Al-Quran

9

 

Ogos

 

Program Qorban Perdana

Program Memasak Bubur Asyura

10

 

September

 

Program kem anak soleh

Program Kursus Pengurusan Jenazah

11

Oktober

Program berkhitan untuk golongan asnaf kerjasama klinik waqaf annur

12

 

November

 

Program Memperingati Maulidur Rasul

Program Solat Hajat Perdana Untuk Menghadapi Peperiksaan PT3, SPM dan STPM

13

Disember

Program Kem remaja soleh dan solehah (cuti sekolah)